lupikirlahsendiri

::asyik nak suruh orang lain je pikirkan untuk lu::

penantian


SEREMBAN, 26 Ogos — Ibu bapa kepada empat remaja yang dikaitkan dengan perbuatan menyimbah cat dan membaling botol arak pada surau di Taman Pulai Impian, Sikamat pada Isnin lepas, hari ini memohon maaf kepada jawatankuasa surau dan masyarakat Islam akibat perbuatan anak mereka itu. Mereka melahirkan rasa kesal dan dukacita dengan kejadian itu yang mereka anggap sebagai satu kesalahan besar.

Orang islam sangat mudah memaafkan kesalahan org lain.. lebih2 lagi orang melayu.. walaupun kesalahan itu melibatkan kesalahan terhadap org ramai..
Persoalan disini bagaimana pulak kalau kesalahan individu keatas individu yang lain..maknanye sorang2 lah..bolehkah kita jadi seorang pemaaf?? ntahlah mungkin sikap sombong dan ego manusia mengatasi ad-din.."lupikirlahsendiri"

Situasi

keadaan 1..

bila kita rase sedih..tapi x de org nak dengar..
kalau dengar pon nanti ayat yg kuar "sabarlah ye" (sbenarnye dia malas nak layan)
kesiaannnnnnn......

keadaan 2..

bila kita hepi..tapi x de org nak kongsi..
kalau kita cakap pon nanti ayat yg kuar "owh ye ker"(sbenarnye dia malas nak layan)
kesiaannnnnn.......

keadaan 3..

bila kita suka kat seseorg..tapi dia x suka kat kita..
kalau kite terus terang nanti ayat yg kuar "i tak ready lah" (sbenarnye dia x mo kat kita)
kesiaannnnn.....

keadaan 4..

bila kita x suka kat dia..tapi dia suka kat kita..
kalau kite terus terang nanti ayat yg kuar "u main2 kan perasaan i"(sbenarnye dia yg perasan lebih)
kesiaannnn....

keadaan 5..

bila kite terhegeh2 dia pon cam 2x5 gak kat kita..
bila kita nak lebih..mula lah kuar ayat2 yg suruh kita bertobat N insap..(sbenarnye kita gile ker dia gile)
piiiraaahhhhhh....

saje jer tulis supaya tak kene sound!!
RAMADHAN KAREEMMM..

Sang Mantan..



''RACHEL CORRIE" Siapa ikon di sebalik kapal konvoi palestina bernama 'Rachel Corrie' ? apa sumbangan ikon ini terhadap kebangkitan intifada penduduk palestin ? kenapakah nama Rachel Corrie digunakan sebagai ikon kebangkitan rakyat Palestin ?Nama sebenar Rachel Corrie adalah Rachel Aliene Corrie. Rakyat biasa daripada golongan pertengahan amerika. lahir pada 10 april 1979 dan beliau mati pada usia 23 tahun.
Rachel Corrie menganggotai kumpulan International Solidarity Movement (ISM) sebagai platform NGO masyarakat antarabangsa membantah kekejaman regim zionis terhadap nasib masa depan rakyat palestin.Rachel Corrie menganggotai ISM manakalan B.A.B.I menganggotai ICG,sebuah pertubuhan yang jelas menyokong segala dasar kekejaman regim zionis. Rachel Corrie mula bergiat aktif sebagai aktivif palestin apabila dia menginisiatifkan satu gerakan kerjasama diantara olympia (tempat tinggal Corrie) dengan bandar Rafah. Disinilah gerakan corrie menentang kekejaman regim zionis bermula. Apakahpunca kebangkitan penduduk asal Amerika bernama Rachel Corrie melakukan penentangan luar biasa terhadap regim Israel ?, puncanya kerana perobohan penempatan penduduk palestin di Rafah,pembinaan penempatan haram penduduk haram Israel di bumi Palestin dan sekatan ekonomi terhadap hak penduduk Palestin.Tanggal 16 mac 2003 merupakan klimaks terakhir perjuangan Rachel Corrie. dia berada di Rafah mengadakan demonstrasi,membantah gerakan zionis iaitu israel defence force (IDF) yang menjalankan operasi perobohan rumah-rumah penduduk palestin. Walaupun Rachel Corrie mengikuti amalan biasa dalam proses mengadakan demosntrasi seperti memakai baju jaket floresen,menggunakan pembesar suara namun ia tidak menghalang daripada gerombolan IDF menghancurkan rumah penduduk palestin. Rachel Corrie adalah pejuang kemanusiaan sejagat,apabila berani menggunakan tubuhnya sebagai perisai manusia menghalang buldozer kepunyaan zionis menghancurkan rumah penduduk Palestin. Rachel Corrie melutut di depan buldozer IDF, namun Zionis mana mungkin tidak berperangai binatang, tubuh Rachel Corrie dilanggar oleh buldozer IDF, tamatlah satu lagi pejuang palestin yang datangnya daripada negara Amerika. Hari ini nama Rachel Corrie timbul lagi, setelah 7 tahun ia menyepi, tetapi Rachel Corrie yang muncul hari ini bukanlah kebangkitan jasad sebenar Rachel Corrie, sebaliknya ia digunakan sebagai nama kepada kapal pengaman bantuan terhadap penduduk gaza.Nama Rachel Corrie diabadikan sebagai kapal pengaman bantuan palestin, kenapa "sang Mantan" sebagai pengasas Perdana Global Peace Organisation (PGPO), tidak menggunakan nama-nama syuhada kebangkitan palestin lain sebagai alternatif ? ,kenapa PGPO tidak menggunakan nama Syeikh Ahmad Yassin ?,kenapa PGPO tidak menggunakan nama Yasser Arafat ?,atau nama-nama syuhada Palestin yang seangkatan dengannya. Disini terletaknya kebijaksanaan "sang Mantan" menggunakan nama pejuang palestin kelahiran Amerika sebagai pencetus kebangkitan seluruh dunia menentang kekejaman israel terhadap nasib Palestin, terlalu banyak insiden bantuan terhadap Palestin yang hampir dilupakan penduduk dunia.Berita-berita harian yang menunjukkan perobohan rumah palestin,rampasan tanah penduduk Palestin,kesialan kerajaan Mesir menutup bantuan melalui jalan darat, sebenarnya telah menyemarakkan semangat pemimpin tertua pencetus kebangkitan intifada "sang Mantan" untuk berentap semula dengan Zionis."Sang Mantan" sudah tua, namun juang semangat mempertahankan maruah umat islam tidak pernah padam di hatinya. bosnia pernah diganyang dan dibiarkan mampos oleh serbia dan Kesatuan Eropah. Bosnia itu majoriti islam terbesar selepas Turki, maka untuk menghalang kebangkitan islam di Eropah, Bosnia harus dibiarkan hancur. Sama agendanya Eropah membiarkan Palestin pupus demi survival regim Zionis. "Sang Mantan" bukan sekali menyanggah dunia.Sewaktu perang Bosnia/Serbia, "sang Mantan" telah melakukan inisiatifnya yang tersendiri, berkerjasama dengan dengan Brunei,Turki dan Saudi Arabia menghantar bantuan-bantuan kepada pejuang islam di Bosnia. hari ini "sang Mantan" melakukan perkara yang sama.Zionis perlu diangkat dan iiktiraf perbuatannya sebagai aksi teroris dan pengganas. usaha melabelkan Israel ini benar-benar telah menusuk hati pimpinan dunia. Vietnam hari ini menangguhkan lawatan Shimon Peres ke Ho Chin Minh sebagai membantah sikap tidak berperi kemanusiaan regim melayan konvoi bantuan ke Palestin. B.A.B.I,produk terbaik zionis selama berpuluh tahun bakal mati daripada mendapat bekalan kewangan dan sokongan moral. hari ini dia mengaku dia anggota ICG sebuah pertubuhan zionis tertua yang anti islam.

Flotilla..


Wa simpati dgn mangsa2 yg terkorban menghantar bantuan ke gaza.. Wa rase mereka nie betul2 pejuang x kirelah agama apapun yg dieorg anuti.. Ntah lah kat mesia nie lain plak jadinye.. bile org wat demo bantah kekejaman israel.. dieorg pun wat demo tapi wat demo salahkan org lain.. MAHPOSSS lah camnie..

LamE daaHH!!

yeaaa nak terbangg!!..

semekommmm...
dah berkurun gua tak hupdet blog..x tau nape teruk cam gini..balik dari sintok cam minat plak nak conteng2 kat sini..banyak kali gak gua kene sound..."oit!!! lu bile nak hupdet hah!! gile kentang betul lu..janji nak hupdet tapi kosong..lu ade masalah jiwe ke beb!!".. banyak lagi lah ayat2 yg wa rase x payah tulis kat sini..gua cuma nak cakap "soli aaaa..".. "bz maa!!" "ehh nanti jap lagi wa hupdet" "owhh ye ker..lupa lahhh" itu adalah alasan biase wa bagi..hahaha

nape lah penyakit pemalas nie ade lam diri wa.. ehh wa malas ker hehehe.. dari kulit wa putih (putih kerrzzzz) itam..putih balik.. macam tu jugak blog wa nie..

sejarah..

-bln 1 nak masuk 2

baru abis convo master kat UTM
p/s: gua doakan bro kat USM mudah-mudahan lu abis jugak

-bln 5 nak masuk 6

baru abis convo sijil kat UUM
p/s: member wa cakap tahniah sbb lam setahun lu convo 2x(laim mcm je bunyik)..wakakakaka

owh nak cuti sekolah dah ekkk..kenkawan nak kawen..wa nak ucapkan "SELaMaTTTT lah Lu!!"

"member" yang dah "BINA" badan tue cube2 lah kurang kan bina tue..hehehe
ehh ciawww dulu lah..doakan wa rajin lepas nie.. sayang uolllssss!! adik manis..penang mari.....

MacAm BaTu

Sabtu lepas ade wat sambutan Maulidur rasul kat tempat wa.. wa tak dapat hadir sbb kene "berkhidmat untuk negara"..tapi mase rewang wa mmg terlibat.. tolong2 jugak lah mase lapah daging+potong daging+tulang tapi mase sembelih wat tolong jugak "Tolong Tengok jer".. nie wa nak story mase masak daging.. member wa dah jemput satu mamat "tabligh" nie jadi chef.. wa tak kesah lu nak jemput sape pon..cume pengalaman yg lalu si mamat nie telah bikin nasi jelanta dah.. tahun nie plak panggil lagi.. aduhaiii ape lah x sedor2 lagi.. lepas basuh daging wa cakap kat dia.. "bro daging lu tak nak rebus dulu ker" dia cakap "x payah rebus daging baru" .. dlm hati wa cakap "abis lah korang semua nasib gua x der.."... mmg betul wa jangka..esoknye member wa call bg tau daging keras macam "batu"..lepas tu kat dlm merah lagi..baling kat dinding boleh pecah..malu kat vip yang makan skali..wakakaka.. nasib lah lu orang.. den dah koba an dulu ekau x cayo!!.

SemBah TakZiah....

Sebagai orang yang kerja di Johor, patik mohon sembah takziah kepada DYMM Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan keluarga diraja Johor di atas kemangkatan Almarhum Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Seri Paduka Baginda Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada 22 Januari lalu.

Patik mendoakan semoga roh Almarhum DYMM SPB ditempatkan bersama golongan mereka yang beriman.

Patik dan sudah pastinya rakyat Johor tidak akan melupakan sik
ap prihatin Almarhum terhadap rakyatnya dan percaya DYMM Tunku Ibrahim, yang baru dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang baru, juga mewarisi dan akan meneruskan sikap terpuji itu.


Pedati yg membawa DYMM Almarhum Sultan Johor....


Tunku Majid....


DYMM Sultan-sultan....

Talkin...

Eh..tak boleh ker??


Kedai Mamak Jalan Telawi...

"Makanlah Piah.." kata gua kat Sapiah.
"Takpelah bang..baru lepas makan tadi, ni singgah pun sebab dah lama tak jumpa abang" jawap Sapiah Mata Smokey yang dulu minat kat gua.
"Ni kawan abang..Miskon" sambil gua tunjukkan jari kat Miskon yang tengah tersengih2 macam anak bujang.

"Piah baru balik shopping ker..abang tengah bincang pasal bisnes dengan member abang kat sini" kata gua lagi walaupun Piah tak tanya pun soalan tu.

Menara Rebung..

"Jenny..i keluar dengan Miskon cari barang" kata gua kat amoi yang selalu ajak gua tengok wayang.
"okieee..nanti jangan lupa tapau kan i teh sarbat ok" jawab amoi yang dah jadi penagih teh sarbat.


Bilik Racun..

"You kata..You keluar dengan Miskon..Abis tu perempuan yang pakai skirt pendek tu sape?!!..
"I memang keluar dengan Miskon..budak perempuan tu yang datang duduk sebelah i..takkan i nak halau dia pulak..lagipun dia kawan lama i"
"Damn You!!! Penipuuuuuu!!!!!..." jerit BOS dekat muka gua.. cilakak!! air liur besembur kat muka..gua..

Menara Rebung..

"Sayang..bos nak jumpa you lah.."kata Jenny menyedut air teh sarbat dalam2...
"Baby bos nak jumpa i!!.. why?" gua betulkan rambut Jenny yang hampir menutup mulutnya..
"Entahlah sayang..you pergilah jumpa.."
"Orait" jawab gua sambil jari gua kat pipi Jenny mengelap air teh sarbat yang hinggap di pipi.

Bonne année ! 2010

Ceh! wa baru balik dari Danga Bay.. ingat kan ada lah bunga api..
x de langsung!! hampeh..bunga cinta lestari banyaklah.. dah mcm kat Bandung plak rasenye..
ramai umat kat situ balik lam keadaan keciwa..sian plak wa tengok bebudak kecik yg dtg..
sampai ade yg terlelap,tertido,terbaring hah siap ada yg "terlentok2" lagi..
x kesah lah tue..yg penting lu org hepi x de gado2..AmaNnnnnnn~


- orang ramai tengah tunggu b.api -

~ bebudak yg ingat wa nie reporter ~


:: Member wa yg dah bosan..nasib lu lah ::

p/s: Tahniah wat member kat "penang".. selamat thn baru jugak wa ucapkan untuk lu...
Cik Huda moga thn baru dpt beli DSLR...
Aziyana tahun nie boleh dah amik tempahan besar-besaran..
Cik sutera Tuhan sentiasa bersama anda..
Cik Erna sukses slalu kay...
Dan semua member2 yg kadang2 baca blog gua...ahaksss..

"SELAMAT TAHUN BARU"
satu lagi wa nak ucapkan "TAHNIAH!!!!" kepada mereka yang menyokong penggunaan nama ALLAH dalam bible...

Allah berfirman dalam surah al Kahfi ayat 4 dan 5: "Al-Quran ini diturunkan untuk mengingatkan mereka yang berkata, Allah itu punya anak. Sebenarnya tiada ilmu pada mereka tentang yang demikian itu, tidak juga pada nenek moyang mereka. Betapa buruknya kata-kata yang keluar dari mulut mereka. Apa yang mereka katakan itu dusta belaka."